Alhamdulillah, anak saya Hariz dah pun berusia 8 bulan 2 minggu pada hari ini. Apa yg membanggakan saya sehingga hari ini rezeki hariz masih melimpah ruah, saya masih menyusukan hariz sepenuhnya... Hari ini saya terpanggil utk share dgn ibu di luar sana petua susu ibu jadi lebih banyak yg saya sendiri amalkan.
Hariz membesar dengan sihat dan ceria Alhamdulillah..
________________________________________Ramai ibu yang mencari cara terbaik nak banyakkan dan tambah susu ibu, terutama bila susu badan dah kurang dari biasa, tatkala ibu dah mula bekerja.
Konsep utama dalam mebanyakkan susu ibu adalah:
PENGELUARAN berkadar terus dengan KEPERLUAN
Apakah yang dimaksudkan dengan pengeluaran berkadar langsung dengan keperluan?
Atau supply vs demand?
Ia bermakna susu yang dihasilkan oleh ibu berkadaran dengan susu yang diperlukan oleh anak atau bayi yang disusukan.
Bayi minum banyak, maka susu badan yang dihasilkan adalah banyak.
Bagaimana pula dengan susu banyak dan berlambak macam ni?
Ya, ia masih mengekalkan konsep yang sama - pengeluaran vs permintaan.
Jadi untuk mendapatkan susu yang banyak macam tu ibu kena BANYAKKAN PERMINTAAN terhadap susu ibu.
1. Melalui hisapan bayi ==> Kerapkan Menyusu terutama di awal kelahiran
2. Mengepam ==> samada gunakan pam susu atau pun menggunakan tangan (teknik Marmet)
Bagaimana dengan makanan tambah susu, milk booster, pil tambah susu semua tu? Adakah tak berkesan?
Ibu harus tahu, konsep penyusuan seperti di atas adalah mutlak. Walau bagaimana bagus pun milk booster yang ibu telan, ibu perlu mengepam dan menyusukan secara konsisten untuk mendapatkan susu yang banyak.
Milk booster yang terbaik adalah yang membekalkan nutrisi buat ibu secara keseluruhan, dengan kata lain bukan sekadar ‘mengaktifkan hormon penyusuan’ tapi menjadikan tubuh ibu ‘fit’ untuk menyusukan dan menjaga anak di samping menjalankan aktiviti harian dengan tenang dan gembira.
Ibu juga perlu berada dalam keadaan tenang dan gembira agar hormon oxytocin yang bertindak mengeluarkan susu dari payudara ibu dapat dirembes dengan baik.
Jadi ibu memerlukan bukan saja pemakanan dengan nutrisi seimbang malah mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuhnya dan mood-nya. Tahukah anda mood juga boleh dipengaruhi oleh pemakanan?
Makanlah makanan seimbang, halal, penuh nilai nutrisi dan lengkap untuk keperluan tubuh hingga ke peringkat DOA.
Sumber by MOMMY LYNA
Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang penyusuan dan set penyusuan dan supplement yang sesuai untuk anda, dari serendah RM60!
**respon lebih pantas
- SMS | WhatsApp : 019-770 2729 (Ateef)
Setiap pembelian di laman Mommy Loves Health FC | Ateef Hatifa
Anda layak:-
- menerima jadual pengambilan vitamin.
- tips ekslusif dalam penyusuan dan pengambilan vitamin.
- konsultasi yang betul untuk setiap pengambilan produk Shaklee.
- menjadi rujukan anda untuk sebarang kemusykilan.
- mendapat info kebaikan sesuatu produk secara terus daripada saya.
