Mommy Loves Health | Ateef Hatifa

Text Widget


Assalamua'laikum...

Welcome and thank you stopping by at Mommy Loves Health [MLH]. I'm a wife of loving husband Mohd Zakimi and a mom to adorable son baby Harizzaky. Here is the place for me to share my belief in healthy, beauty and inspirations to have a good lifestyle. I'm proud to announce I'm Shaklee Independent Distributor with ID:874861. Delivery throughout Malaysia and Cash On Delivery (COD) in Perlis.

Ahad, 25 November 2012

Love your HEART!

"Improve ciculation naturally and live a healthier life"
"Peredaran darah lancar, hidup bahagia"
Take steps to reduce heart risks

Masalah jantung merupakan punca utama kematian di Malaysia juga global. Biasanya tiada simptom bagi penyakit ini. Ia membunuh secara senyap. Serangan jantung atau strok yang pertama mungkin menjadi yang terakhir.


Serangan jantung adalah merupakan punca utama yang menyebabkan kematian terutamanya kepada lelaki. Anda perlu mengetahui apakah faktor yang mendorong seseorang menghidapi penyakit jantung. Ia mungkin dapat mengurangkan risiko daripada anda terdedah kepadanya. Mungkin selama ini apa yang anda amalkan didalam kehidupan seharian tanpa disedari adalah punca untuk menghidap penyakit ini.


Antara faktor yang menjadi punca penyakit jantung adalah;

(1) Kesesakan- Mungkin sebelum ini anda tidak tahu bahawa kesesakan adalah punca untuk seseorang menghidapi penyakit jantung. Ia menyumbang sebanyak 8% daripada orang yang menghidap penyakit ini. Sekiranya anda selalu terdedah kepada kesesakan, cuba mencari jalan untuk mengelakkannya.

(2) Senaman dilakukan secara mendadak- Senaman sememangnya adalah satu perkara yang baik untuk kesihatan. Tetapi, sekiranya ia dilakukan secara mendadak, ia akan meningkatkan risiko untuk anda menghidap penyakit jantung. Hasil daripada kajian juga menunjukkan bahawa senaman yang dilakukan secara mendadakmenyumbang sebanyak 6% terhadap punca penyakit ini. Mungkin ia disebabkan ramai yang masih tidak tahu mengenainya. Lakukan senaman secara berperingkat.

(3) Pencemaran udara- Udara yang tercemar juga mampu menjadi punca untuk seseorang menghidap penyakit jantung. Walaupun ia adalah suatu perkara yang sukar untuk dikawal, tetapi anda boleh mencuba untuk mengelakkannya dengan mengurangkan aktiviti ke tempat-tempat yang pencemarannya agak tinggi seperti dibandar-bandar dan sebagainya.

(4) Emosi yang terganggu- Ketidakstabilan emosi seseorang juga boleh menjadi punca terhadap penyakit jantung. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa orang yang keadaan emosinya negatif menyumbang sebanyak lebih daripada 7% terhadap penyakit ini. Emosi yang tidak stabil akan meningkatkan kadar pengeluaran hormon adrenalin, kadar degupan jantung, dan kelekitan sel darah merah dan jika kesemunya digabungkan, ia akan menjadi punca penyakit jantung.

(5) Seks- Pasti agak mengejutkan anda mengapa seks turut menjadi faktor yang menyebabkan punca penyakit jantung. Risiko ini hanya akan dihadapi oleh seseorang yang jarang melakukan senaman. Ia kerana ketika seks, ia akan meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung. Sekiranya anda tidak mengamalkan senaman, kesan ini adalah sama seperti apabila anda melakukan senaman secara mendadak.



Serangan sakit jantung biasanya berlaku apabila terdapat satu ketulan bekuan darah yang menghalang aliran darah di dalam arteri koronari (kapilari darah halus) yang membekalkan darah ke suatu bahagian tertentu pada otot jantung. Aliran darah ke jantung yang tersekat boleh merosakkan atau memusnahkan sebahagian daripada otot jantung anda.

Serangan sakit jantung yang juga digelar sebagai infark miokard, biasanya adalah memudaratkan dan boleh mengaut nyawa mangsa.

Mujurlah dengan adanya kesedaran yang lebih baik, lebih ramai pesakit boleh mengesan serangan sakit jantung pada peringkat awal daripada tanda-tanda atau gejala sakit jantung dan mendapatkan rawatan sewajarnya.

Cara hidup anda secara keseluruhannya, iaitu apa yang anda makan, kekerapan anda bersenam dan tahap tekanan emosi anda memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pemulihan daripada serangan sakit jantung.

Gaya hidup yang sihat boleh membantu anda mencegah serangan sakit jantung dengan mengawal faktor-faktor risiko yang menyumbang terhadap penyempitan kapilari darah koroner yang membekalkan darah ke jantung anda.


Set Healthy Circulatory Shaklee di bawa khas untuk membekalkan nutrien yang penting dalam mengekalkan jantung yang kuat dan sihat.

Kebaikan:
  • Membantu melancarkan peredaran darah.
  • Mengekalkan kesihatan secara menyeluruh.

Set ini mengandungi:
1. Lecithin
2. Garlic
3. Omega Guard
4. Vita-E Complex
5. Alfalfa Complex
6. Energizing Soy Protein (ESP)


Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan bole cntact saya ya! =)





Jumaat, 23 November 2012

Sakit Sendi Hilang, Hati pun Tenang!!

Penyakit Sendi

Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan  artirits osteoarthritis.
Definisi Osteoarthritis
Osteo bermaksud tulang dan Arthiritis bermaksud keradangan atau inflamasi pada sendi yang mengandungi cecair synovial (synovial fluid), jadi bila disambungkan perkataan Osteo-Arthritis bermaksud keradangan sendi yang terjadi pada hujung tulang yang berartikulasi iaitu di kawasan sendi terutamanya sendi synovial.
Penyakit ini meyerang sendi terutama pada tangan, lutut dan pinggul. Orang yang diserang osteoarthritis biasanya susah menggerakkan sendi-sendinya dan pergerakannya menjadi terhad kerana turunnya fungsi tulang rawan untuk menyokong badan. Hal ini dapat mengganggu produktifias seseorang. Osteoarthritis tidak hanya menyerang orang tua, tapi juga boleh menyerang orang yang muda dan mengikut kajian, kebanyakan orang yang terkena osteoarthritis adalah wanita.



Sakit sendi sering mengganggu kerja-kerja seharian spt berjalan, berdiri, mencangkung dsbgnya...


Golongan yang berisiko tinggi dan punca untuk mendapat penyakit Osteoartritis


Antara punca penyakit sendi adalah:


  • Sukan yang menyebabkan impak yang berulang dan memerlukan pergerakan pantas seperti bola sepak.
  • Mengangkat barang-barang yang berat.
  • Sakit pada sendi yang terlibat.
  • Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
  • Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
  • Adanya pembesaran tulang sendi.
  • Golongan tua dan sudah berumur.
  • Golongan obesiti.
  • Lemah otot paha (quadriceps).
  • Abnormal tibial rotation.


Rawatan Sakit Sendi
  • Pemakanan yang seimbang. Makanan tambahan untuk memastikan nutrien lengkap keperluan sendi seluruh badan.
  • Doktor anda akan memberi ubat sakit sendi seperti ponstan,voltaren atau naproxyen
  • Anda dinasihatkan untuk berehat jika membuat kerja-kerja berat
  • Doktor anda mungkin menasihatkan agar mengambil ubat Glucosamine dan chondroitin untuk nutrien sendi
  • Postur- elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok
  • Tidur di atas tilam yang keras
  • Elakkan mengangkat barang berat semasa sakit
  • Bersenam - senaman kerap akan memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar
  • Pengurangan berat badan boleh membantu
  • Amalkan regangan dan rehat apabila memandu terlalu lama, berdiri atau duduk yang lama

Tak perlu gusar! Shaklee kan ada :)

Sebelum penyakit sendi menyerang kita semua, kita perlu memastikan nutrien-nutrien yg diperlukan untuk memelihara sendi cukup untuk mengelakkan penyakit Osteoarthritis.

Di Shaklee kami mempunyai produk yg mengandungi semua nutrien yg diperlukan untuk menjaga sendi iaitu: 


 * Omega Guard * Ostematrix* Advance Joint Health Tablet (NEW !!) 


               




1. Ostematrix @ calcium - memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas:

  • Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis. 
              
2. Omega Guard - Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. 
  • Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yg membentuk tisu rawan. Ia mencegah artritis, memelihara fungsi sendi dan gout dengan efektif. 

3. Advance Joint Health Tablet (JHT) - menyokong kesihatan sendi dalam 3 cara: 
  • meningkatkan kesan kusyen, 
  • meningkatkan kesihatan sendi(ekstrak Boswellia) 
  • dan memelihara kesihatan tisu penyambung.
Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh PM/Call/Sms/Whatsapp 019-770 2729. Thank u :)


Unordered List

About

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com