Mommy Loves Health | Ateef Hatifa

Text Widget


Assalamua'laikum...

Welcome and thank you stopping by at Mommy Loves Health [MLH]. I'm a wife of loving husband Mohd Zakimi and a mom to adorable son baby Harizzaky. Here is the place for me to share my belief in healthy, beauty and inspirations to have a good lifestyle. I'm proud to announce I'm Shaklee Independent Distributor with ID:874861. Delivery throughout Malaysia and Cash On Delivery (COD) in Perlis.

Selasa, 25 Disember 2012

Jom jadi Mommy Hebat dengan set 3M!!

Salam semua...
Hari ni pasti semua tengah bergumbira bercuti sempena Krismas kan?? Tak lama lagi dah masuk 2013, pejam celik pejam celik baby Hariz dh nk masuk 5 bulan dah... Alhamdulillah Hariz sentiasa sihat, ceria dan comel sentiasa... Saya akan memastikan Hariz akan dapat penyusuan yg eksklusif sampai umur 6 bulan dan sekurang2nya... dan ingin berusaha smpai cukup 2 tahun menyusukan Hariz sepenuhnya... Amin.. Amin..

Doa pun doa jugak, usaha jugak no 1... Doa tnpa usaha suatu yg sia2, betul2 tak?? So, jom Mommy2 semua kite berjuang yg terbaik utk anak kite!! (cewahh...semangat!! huhu). Sejak Hariz umur 1 bulan lagi saya dh amalkan set 3M ni. Berbalik kepada tajuk entry saya kali ni, set 3M untuk Mommy yg Hebat!! (macam kite2 semua kan.... Amin).. Stok susu saya tk lah sebanyak ibu2 lain yg kt luar sana.. kalau kite google jer 'stok ebm'..fuhhhhh penuh peti ais diorag kan? memang kagumm la dgn ibu2 tu...Memang HEBAT!! boleh ke kite nk buat stok banyak dan cukup mcm ibu2 tu.. jawapannyaa BOLEHH!!! Memang sgt boleh! takda bnda yg mustahil sekarang ni kan... tinggal nak taknak je.. tepuk dada tnya hati sendiri ya ;P




Memperkenalkan set 3M - Tripple M => Making More Milk.
Set ini terdiri daripada B-complex, Vitalea, Vita-C, ESP, Alfalfa n Ostematrix.

==============================================================================
Apakah kegunaan supplemen-supplemen ini untuk penyusuan?

ESP@Protein – Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalamm membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

Vitalea@Multivitamin – Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Vitamin C – Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B kompleks – Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

Ostematrix@Kalsium – 40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Alfalfa – Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

Asid Lemak Omega 3 – Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan(ADHD) atau autisme.

sumber : Majalah Shaklee Today

==============================================================================

Testimoni Set 3M

Selain daripada saya, apa kata2 mommies yg dah mencuba.. Jom kite tgok testimoni kt bawah ni... Original daripada pelanggan saya taw!


Setelah amik set 3M ( b-complex, alfalfa, vitalea, esp, ostematrix), 
kesan trhadap beliau: - susu melimpah smpai basah baju baby n tepi telinga..
 baby menyusu smpai kena tarik nafas dulu,, sbb susu byk... 
wlupun ada trmiss ikut jadual makan yg sy bagi- baru sehari mkn..


Menurut beliau:- 

- boleh hasilkan 17 botol (3oz stiap botol) selama 3 hri di kem.. wlupun baby tkda.
- itu pun skip jadual pam yg saya bg 4-5 jam sekali shj pam.
- tgh period pun susu tk merudum.
- cara bancuh esp yg mmg best!!

==============================================================================
Nk ditekankan disini, set 3M bkan sekadar 'MILK BOOSTER' ya... Menekankan konsep demand vs supply juga. bagi ibu2 yg mmentingkan kesihatan badan, ini lah masanya utk memberi REWARD kepada diri sendiri, dan mmberi hadiah kepada baby trsayang dgn susu ibu yg sgt berkhasiat!! Bila mommy sihat ==> susu utk baby lebih berkhasiat, lg mudah terhasil dgn banyak!!

Penting juga utk anda beli dgan mereka yg tahu ape yg mereka jual. Ramai ibu mmberi feedback pada saya sebelum ni, mereka beli dgn org lain tidak mmberikan tips2 yg sepatutnya untuk mmbantu ibu menyusu, bagi cara mkn pun salah, mmg la tkda kesan, huhu... - sedikit kesal disitu =(



Apa yg istimewa anda akan dapat jika membeli dengan saya?
Setiap pembelian dgn saya anda akan dapat:
- FREE consultation smpai bila2
- FREE tips breastfeeding, tips power pumping
- FREE eBook 3M - Making More Milk
- FREE invitation ke group tertutup dan eksklusif customer saya di FB  lebih 14 ribu pengguna di dalam group itu.. (terdapat byk info dn testimoni pengguna shaklee lain)

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bole email atau PM fb saya ya! 
Message/Whatsapp : 019-770 2729.


Thanks All! Happy Breastfeeding!! Happy New Year 2013!! =D



Isnin, 17 Disember 2012

Vitalea - Multivitamin yang HEBAT!!

Salam semua, entry kali ni saya nk share tentang produk pertama Shaklee iaitu Vitalea. Ya!! Memang benar Vitalea merupakan vitamin pertama Shaklee. Pada 1915, Dr Forrest C.Shaklee telah mencipta Vitalized Minerals (asal usul nama 'vitamin' yg selalu kite sebut tu).. Salah satu multivitamin tertua didunia...ITULAH DIA VITALEA!!





"High potency formula that provides 23 essential vitamins and minerals at clinically proven levels. No more, no less, for optimal health. Plus, the patented Bioactivated Absorption System™ exclusive to Shaklee ensures enhanced absorption of folic acid, a critical component of complete nutrition...."

Apakah kelebihan vitalea? 

Ianya dikatakan killer product of Shaklee kerana ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel. Jika dulu saya belajar, dikatakan 2 biji vitalea bersamaan dengan 40 jenis lauk. Bermaksud, untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 tabs vitalea ianya sama lah dengan hidangan 40 jenis lauk pauk. Ada sesetengah doktor mengeluarkan kenyataan bahawa pengambilan multivtitamin shj sudah mencukupi bg mereka yang sihat. 

Namun pada saya jujurnya, keperluan b com dan vit C hari ini sangat penting seiring dengan pengambilan vitalea. Asasnya, semua masalah kesihatan memerlukan vitalea. Ini kerana di dalamnya yang mengandungi 12 vitamin dan 7 galian utama banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.

Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplemen penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.

Ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pengambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan iron oleh si ibu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak. Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala?Hakikatnya ibu2 ini kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka. Iron banyak terdapat dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak kekangan sekiranya kita hendak bergantung dengan sumber asli semata2. 

Apakah kekangan yang dimaksudkan? Harga kerang mahupun tiram lebih adalah mahal disesetengah tempat, sumbernya juga terhad... kelebihan bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan perairan, bukan semua orang makan makanan laut..ianya menjadi terhad kepada mereka yang allergic kepada makanan laut. Kekangan ini membuatkan kita disaranankan menambah supplement dalam diet harian agar semua zat yang perlu diambil dapat disempurnakan. 



Kenapa VITALEA jadi vitamin basic??

Tubuh kita terdiri drp sel. Vitamin2 yg terdapat di dalam vitalea ni menjadi makanan kepada sel2 kite... nak pastikan sel2 kite sihat, kena la bagi vitamin yg secukupnya... Bila sel2 dah sihat, baru lah bole sel-sel di dalam badan menjalankan tugasnya dengan baik... Nak cantik, nak kurus, nak gemuk, nk tenaga, nk sihat... Ada masalah rambut, masalah kolestrol,gout dn sebagainya.. Mulakanlah dengan Vitalea Shaklee Superr Powerr!!  Lengkap dgn semua 23 vitamin dan mineral yg tubuh kita perlu.




Anda berminat nak mencuba Vitalea Shaklee? Percayalah, anda pasti kagum dengan kehebatannya!! Harga? ofkos la yg terbaik saya akan bagi... Pm saya utk keterangan lanjut yea...

Terima kasih semua =)






Ahad, 9 Disember 2012

Happy Breasfeeding - 9 Makanan tambah susu ibu dari sumber semulajadi

9 Jenis makanan penambah susu ibu menyusu

(1) Daun Alfalfa


Meskipun dalam set penyusuan tu ada pil alfalfa, tapi tak salah kalo nak makan daun alfalfa. Tapi kat Malaysia ni saya biasa jumpa orang jual daun alfalfa untuk haiwan ternakan (alfalfa sangat bagus untuk binatang ternakan!). Kalau kat supermarket yang ada ‘alfalfa sprout’ atau yang jenis cambah tu.


(2) Halba @ Fenugreek




Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek merupakan milk booster yang agak terkenal di kalangan ibu2 di negara kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan. Ada juga halba dihasilkan dalam bentuk pil.

(3) Jintan



Jintan ni sama dengan halba di atas, biasanya digunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, kilang susu rasa penuh saja 


(4) Kurma


Kurma membekalkan kalori segera, amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu memerluka extra kalori.


(5) Susu



Khasiat susu tidak dapat dinafikan lagi. Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu. Mungkin ideal kerana bukan sahaja memberi kebaikan kepada susu ibu, malah juga menjaga tubuh ibu dengan membekalkan protin, kalsium dan berbagai jenis vitamin dan galian perlu.


(6) Keju


Keju yang tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh. Jadi tak hairan kalau lepas makan keju, terasa ‘berat’ saja kilang susunya.


(7) Tempe


Tempe yang dibuat dari kacang soya adalah tinggi kandungan protein. Ia bukan saja membantu membanyakkan, malah memekatkan susu.


(8) Sayuran Hijau


Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.


(9) Lobak Putih



Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu.

_____________________________________
Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahun dalam bidang penyusuan.

AMALAN WAJIB

1. KERAP MENGEPAM – setiap hari sekiurang-kurangnya 2-3 jam sekali, terutama ketika bayi tiada bersama.
credit picture to VitaminKiosk

2. DOA

Doa membanyakkan susu ibu:
Marilah kite baca doa tambah susu ni bersama2. Semoga rezeki yg Allah beri itu berkat dan berpanjagan...



Maksudnya:


Dan (ingatlah) ketika Musa meminta air untuk kaumnya, lalu Kami berkata: Pukullah batu itu dengan tongkatmu! Lalu terpancarlah dua belas mata air daripadanya. Sesungguhnya tiap-tiap orang telah mengetahui tempat minum masing-masing: Makan dan minumlah dari rezeki Allah dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi seumpama mereka yang melakukan kerosakan.
Al-Baqarah: 60

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika anda merasakan sukar untuk mendapatkan kesembilan-sembilan makanan semulajadi di atas, bolehlah mencuba makanan tambahan semulajadi daripda Shaklee.




* Lengkap dengan Protein (Natural Soy-ESP), 8 kumpulan vitamin B, Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D (Ostematrix), Multivitamin dengan Zat Besi (Vitalea), 500mg Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semulajadi yang digunakan sejak dahulu kala lagi) *


Ini lah set lengkap ibu menyusu yg saya ambil setiap hari utk memastikan baby Hariz sentiasa dapat khasiat yg mencukupi melalui susu yg dia minum... Sebarang pertanyaan dan pesanan bole contact terus saya di talian 019-7702729. Saya amat fleksibel dgan customer2 saya, nk tau fleksibel macam mane kena cntact saya dulu yea... 

Happy breastfeeding mommies  :)

credit



Vitamin E Complex


Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].


Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik.

Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin  A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia ‘d’ atau ‘l’.

Bagi yang bertulis pada label dengan ‘d’ ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala ‘l’ adalah sumber tiruan atau sumber kimia. Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Mungkin anda merasakan vitamin E Shaklee mahal berbanding vitamin E di luar sana [dalam pasaran] tetapi kita perlu tahu nilai yang kita bayar. Mahalkah? RM149 untuk 120biji bagi saya adalah sangat berpatutan & berbaloi dengan  kesan penyerapan yang efisien kerana Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli dan lengkap dengan selenium. (nak harga spesialll kena PM saya ya) Adakah kerana hendak jimat hari ini anda menanggung risiko yang besar kemudian hari?

Apakah ciri-ciri Vitamin E yang selamat?
Vitamin E merupakan salah satu nutrien kritikal tubuh. Vitamin E sangat penting untuk:

  • mempertahankan fungsi saraf dan otot
  • melindungi struktur membran daripada rosak
  • mengekalkan pertumbuhan normal
  • mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah
  • Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

Atas sebab inilah, penyerapan Vitamin E yang berkesan, boleh menyebabkan muka kita berseri & kemerah-merahan. Ini kerana, sel darah merah yang kekal dalam struktur yang sempurna, mempunyai kapasiti yang optimum untuk membolehkan oksigen bergabung dengan Haemoglobin di dalam sel darah merah.

Oleh itu, oksigen dapat diangkut dengan sempurna. Jadi, ketidak sempurnaan struktur sel darah merah akibat kekurangan Vitamin E tentunya akan menjejaskan pengangkutan oksigen ke seluruh badan, ke setiap satu sel yang memerlukannya. Ada sel tidak memerlukan oksigen?? tiada bukan?? semua sel hidup memerlukan oksigen. Penting bukan? Jadi kekurangannya pasti akan menjejaskan fungsi saraf, otot, hati, paru-paru, sel darah merah dan lain-lain lagi. 

Terlalu banyak yang akan terjejas dengan ketidakcukupan Vitamin E. Cuba kita bayangkan satu sahaja fungsi yang terjejas – sel darah merah contohnya. Ketidakupayaan tubuh mengekalkan struktur membran (lapisan luar) sel darah merah akan memberi masalah besar kepada kita.

credit



Sabtu, 8 Disember 2012

7 Sebab anda Perlu Mengambil Suplemen


1 -Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar
Dari saat anda menghidupkan enjin kereta anda telah pun terdedah kepada pencemaran. Tahukah anda pemeluwapan dari bahan-bahan didalam kereta terutama dari dashboard kereta anda itu mengandungi bahan kimia berbahaya? YA, ia mengandungi karsinogen, sejenis bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser. Bagaimana pula dengan Cat rumah! Asap Rokok! Asap kenderaan! Jika di senaraikan semua puncanya, nanti ada pula yang memakai sut pelindung dan berkurung didalam rumah.

2 - Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien
Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang membekalkan antioksidan dan menigkatkan imun sistem seperti Vitamin C, Vitamin E dan lain-lain. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien protein adalah sangat crucial bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru.Untuk Ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, jumlah nutrien harian yg diperlukan adalah lebih tinggi dosnya berbanding dengan individu yang tidak hamil atau menyusukan.

3 - Buah-buahan dan sayur-ayuran mungkin terjejas atau tercemar
Manusia lazim memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Tahukah anda, kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang anda nampak lazat dan fresh itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang terdapat dipasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang berbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia bertahan lama. Penggunaan baja kimia pula kini semakin meluas digunakan.Pastikan anda memilih sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara ORGANIK.

4 - Mengamalkan gaya hidup tidak sihat
Waktu berkerja lazimnya bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir seawal jam 5 petang (8 jam waktu berkerja dan 1 jam waktu rehat). Namun apa yang jelas kini, terutama bagi warga kota keluar rumah seawal jam 7 bersesak didalam LRT atau menyerah diri pada kesesakan di jalan raya dan pulang pula sehingga lewat jam 9... tiba dirumah setelah bersesak jam 10 malam...WOW!!
Bersesak dalam LRT = STRESS
Jalan Jammed = STRESS
Kerja Banyak = STRESS

STRESS ---> Membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan Vitamin C kerana kedua-dua vitamin ini sangat FRAGILE! Bila pulang jam 10, kemudian anda semua dinner? hehehe... Inilah punca ramai yang perut boroi dan ia semakin menjadi kelaziman. Tidak cukup dinner, tambah dengan supper di Uptown/downtown.

Makan lewat malam = pengumpulan lemak berlebihan + peningkatan cholestrol = BOROI
Dan rutin harian inilah yang terus dan terus anda lakukan...jadi tidak hairanlah penyakit High BP dan High Cholestrol kini mula menyerang individu diperingkat umur yg masih muda.

5 - Kebanyakan rakyat Malaysia makan ikut selera rasa
Nasi lemak lazimnya dimakan diwaktu pagi untuk dijadikan santapan sarapan pagi. Namun kerana kelazatannya dan lemaknya nasi itu, ia kini dinikmati tidak kira masanya. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh dapatkan 24 jam terutama di kedai2 mamak. Fast Food pula kini menjadi budaya rakyat Malaysia. Jika dulu susah nak cari Fast Food sekarang kiosknya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.. SEDAP dan CEPAT!

Bagi yang membesar di Melaka atau negeri sembilan, masakan berbasekan santan adalah suatu kemestian. Pertambahan calori amatlah mudah ya, manakala untuk membakarnya pula mengambil masa yang lama dan bergantung pula aktiviti apa yg dilakukan.

6 - Gangguan Penyerapan Nutrisi daripada Makanan
Anda penggemar makanan/minuman berkaffein? Tahukah anda kaffein boleh menghalang penyerapan Vit D dan Calcium kedalam tubuh? Ia juga turut menganggu menyerapan penyerapan beberapa nutrient penting dalam tubuh.

7 - Kehilangan nutrien dalam makanan
Mungkin anda rasa anda telah berikan yang terbaik buat keluarga anda. Menyediakan makanan kegemaran suami dan anak-anak adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Tapi, adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut? Bahan-bahan segar dari ladang akan kehilangan nutrisi ketika proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Kemudian, sampai dirumah disimpan di dalam peti sejuk - hilang sedikit nutrisi lagi.. sayuran dipotong dan terdedah akan penyebabkan pengoksidaan vitamin c, hilang nutrisi lagi.. cara memasak? menggoreng? memasak terlalu lama? jadi apa pula yang tinggal ya?

Itu dia 7 sebab yang perlu anda renung2kan. Bagi saya dan keluarga, kami telah memilih yang terbaik.. Supplemen dari jenama Shaklee, 50tahun menjadi perintis di dunia pasaran suplemen... Anda bagaimana?

"Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee."~Shaklee website


credit 



Betulkah anda betul-betul sihat?


Anda mungkin rasa anda sihat kerana tidak mengalami sakit kronik.. Tapi cuba lihat.. Adakah anda ada masalah2 berikut?

  • kurang tenaga/letih/lesu/penat,
  • berat badan berlebihan,
  • selalu pening,
  • gusi berdarah,
  • mudah calar
  • mengantuk,
  • gugup,
  • selsema,
  • selalu mengambil painkiller
  • nafas berbau,
  • sakit2 sengal badan,
  • sakit bahu,
  • sembelit,
  • rambut gugur.

Itu semua adalah tanda2 biasa disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup kurang sihat. Jika dibiarkan berlarutan tak musthil ia membawa kepada sakit2 kronik.. yg masa ketika itu.. anda kene bergantung pada ubat.. Apa yang boleh kita amalkan untuk mencegah?

Mari apply tips2 di bawah ni..

  • Bersenam sekurang2nya 3x seminggu ( tak semestinya ke gym..boleh pilih yang simple2..turun naik tangga ke...skipping ke... berkebun ke...)
  • Kurangkan pengambilan gula dan garam, kafein,rokok..
  • Makan makanan yg sihat dan seimbang (kurangkan mengambil makanan berproses ..ie fastfood... kerana makanan yang tinggi kadar pemprosesannya akan mengurangkan khasiat2 zat2 makanan tu.
  • Makan lebih sayur dan buah..makan protin dari sumber rendah lemak
  • Minum 8-10 gelas air yang bersih sehari.
  • Belajar kawal stress dan tekanan hidup
  • Tampung kekurangan diet anda dengan vitamin yang berkualiti seperti multivitamin, Vitamin C , Vitamin E dan B Complex..

Vitamin pilihan saya? Saya dah memilih vitamin jenama Shaklee. kerana ianya selamat, berkesan dan mesra alam.. dan yg penting ianya vitamin natural bermaksud badan mudah serap berbanding vitamin sintetik/kimia.


credit



Manfaat Minyak Ikan Terbaik Untuk Kesihatan


Inuits, satu kaum Eskimo di Greenland, mempunyai 42 perkataan untuk salji tetapi tidak mempunyai satu patah perkataan pun untuk penyakit jantung. Mengikut Dr. Caroline Shreeve, kaum Inuit jarang mendapat mana-mana jenis penyakit jantung. Sebabnya, makanan utama mereka adalah lemak dan daging singa laut dam ikan air sejuk.

Minyak ikan laut dalam mengandung asid lemak Omega-3 yang terdiri dari EPA dan DHA, ia-itu asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita. Ianya boleh didapati dengan banyaknya di dalam ikan air sejuk berlemak tinggi seperti mackerel, kod, salmon, kerapu, jerung, sardin dan ikan todak. Apa manfaat kesihatan yang boleh kita perolehi dari minyak ikan? Baca seterusnya:

Tanpa asid lemak dalam makanan harian kita, kita mengambil satu langkah ke arah kematian. Asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita terbahagi kepada dua: Omega-6 EFAs and Omega-3 EFAS. Omega-6 boleh diperolehi dari minyak sayuran dan Omega-3 dari minyak ikan dan beberapa minyak lain.

Para saintis dan doktor berpendapat bahawa peningkatan kes sakit jantung, hipertensi, darah tinggi, obesiti, kencing manis, penuaan dan kanser jenis tertentu adalah disebabkan pengambilan Omega-3 dan Omega-6 yang tidak seimbang.

EPA dan DHA, juga dapat membantu dalam pencegahan aterosklerosis, serangan jantung, kemurungan dan beberapa jenis kanser. Permakanan tambahan minyak ikan juga telah terbukti berguna untuk merawat artritis reumatoid, kencing manis, penyakit Raynaud dan kolitis ulseratif.

Banyak lagi penyakit dan keadaan yang dapat diatasi dengan pengambilan minyak ikan. Apa pun jika diambil secara berlebihan mungkin akan membawa kemudharatan tetapi sekiranya tidak diambil langsung, seperti asid lemak, juga boleh membawa kemudharatan. Bertanyalah kepada pakar permakanan, berapa banyak ikan yang perlu anda makan sesuai dengan umur dan keadaan kesihatan anda.

Bagi mereka yang tidak suka memakan ikan, dapatkan permakanan tambahan minyak ikan yang mengandungi asid lemak Omega-3 dari farmasi, kedai makanan kesihatan atau pengusaha jualan langsung (yang berdaftar).

Di sini saya ringkaskan faedah-faedah pengambilan Omega 3:


  • Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
  • Mengurangkan risiko strok
  • Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.


Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat.

Mengapa Omega Guard Shaklee?

Shaklee telah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

Shaklee OmegaGuard membekalkan kandungan EPA dan DHA yang lebih tinggi
setiap kali pengambilan berbanding jenama lain.


Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard?
  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
  • Lelaki
  • Warga Emas
  • Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
  • Mereka yang ingin kurangkan berat badan
  • Mereka yang mementingkan kehidupan sihat

Dapatkan minyak ikan terbaik, bebas dari bahan kimia dan semestinya Halal!
Hubungi saya untuk tawaran istimewa Omega Guard Shaklee anda hari ini!




Order Form

Name:
Email:
Alamat:
Butir-Butir Pembelian:
No Telefon:

Khamis, 6 Disember 2012

Bagaimana GLA Shaklee Tingkatkan Peluang Hamil?

Salam Jumaat...

Ramai pasangan samada yang baru berumahtangga, atau dah lama berumahtangga tanpa cahayamata, tercari2 tips cepat hamil. Sejak GLA Complex dikatakan salah satu cara cepat hamil, ramai yang mencari2 tips cepat hamil dengan GLA Complex.


Kita hanya mampu berusaha dan merancang, hanya Allah yg tentukan yg terbaik utk hambaNya...




Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?
GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? 
Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.


Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil?
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 ^__^Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda.

Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur.. hehehehe

Puan2 yang mahukan tips cepat hamill dengan GLA Complex boleh hubungi saya… Dapatkan konsultasi PERCUMA dari saya!

credit




Testimoni Shaklee Collagen Powder

Salam Jumaat... Entry yg kedua untuk hari ini saya nk sharekan testimoni pengguna setia Shaklee Collagen Powder.. Shaklee claim dalam masa 8 minggu pengambilan SCP akan dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan hilangkan kedutan selurh badan.

Testimoni kali ni yg saya nk tunjuk dengan pengambilan tidak smpai 1-3 kotak sudah dapat perubahan yang positif dan ketara.. Jom kita tgok!


Selepas pengambilan tak smpai 1 kotak SCP (tak smpai 2 minggu)


Selepas pengambilan 1 kotak SCP (2 minggu)


Selepas pengambilan 3 kotak SCP (6 minggu)


**Klik pada gmbar utk resolusi yg lebih tinggi dan jelas.**

Shaklee claim melalui ujian klinikal mendapati selepas penggunaan selama 8 minggu
Collage Powder terbukti berkesan untuk:
- Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
- Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
- Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
- Meningkatkan kelembutan dan kelicinan se
hingga 69%
- Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
- Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
- Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
- Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
- Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%




Perlu diingatkan kesan ke atas setiap individu adalah berbeza.. Tapi apa salahnya kalau mencuba kannn... lagi2 hrga mmag RENDAHH habis utk bulan Disember ni. So, tunguu ape lagi.. Contact saya cepat2!! sebelum keHABISan STOKK.. 



Promosi Disember'12 - Shaklee Collagen Powder (SCP)

Salam pagi Jumaat... Semoga hari yg mulia ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua..

Ok hari ni nak crite promosi Disember 2012. Promosi hujung tahun yg dinanti-nanti... Akhirnya promo hujung tahun yg telah di revealed 1 Dis hari tu! HUU... Best betul Promosi bulan Disember.. Shaklee Collagen Powder yg power tuu!! Sebelum ni ramai yg tak jadi beli sbb harganya mahal. Inilah masanya untuk kite borong SCP sementara harga memang SUPER MURAHH!! Sebelum stok HABISS LICINN 1 Malaysia... Ramai yg dah ambil kesempatan sempena promo ni... Memang berbaloi...~



Siapa sangka dengan pembelian 6 kotak dapat FREE lagi 1 kotak yg bernilai hampir RM300 ni!! Free membership!! Free postage!! Tawaran Shaklee kali ni memang TERBAIK lah!! 

Ok, kat sini saya share faedah-faedah pengambilan Collagen Shaklee:
 ♥ ANTI PENUAAN – mengurangkan liang pori-pori (pori-pori terbuka), kedutan dan garis halus.
 ♥ MENGHIDRATKAN – Melembapkan kulit
 ♥ MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT – Menjadikan kulir anjal, lembut dan tegang
 ♥ MELICINKAN – Tingkatkan kelicinan kulit
 ♥ MENYUBURKAN – Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat
 ♥ MENCERAH – Mengurangkan pigmentasi, jerawat dan kulit tak sekata
 ♥ MENEGANG – Membantu menegang dan menganjalkan payudara 

Bagi sesiapa yang nk MUDA, nak ANJAL, nk TEGANG, nk LICINN, nk CERAHH, senang je ==> 
Jawapannya memang Shaklee Collagen Powder. Ujian klinikal Shaklee telah terbukti dengan pengambilan selama 8 minggu anda dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan hilangkan kedutan. Bukan itu sahaja, satu badan akan dapat rasai perubahan seperti lebih cerah, lebih licin, dan lebih rasa muda! Kembalikan keyakinan anda dengan SCP!

Jika anda saja nk try2 dlu, bole beli dengan harga 1 kotak dengan penjimatan hampir RM100. Nak ketahui lebih lanjut bole PM saya!

Trust me, memang berbaloi beli sekarang.. Jom kite cantik luar dalam.. Peace!



Isnin, 3 Disember 2012

Pre-Order: Sustained Release Vitamin C 500mg



Siapa yang tak kenal Vitamin C Shaklee??
Dengan kelebihan yang tertanya berbeza dengan vitamin C keluaran jenama lain, vitamin C sustained Release ini memang yang paling terhangat di pasaran!! Sampai sold out 1 Malaysia sekarang ni!! Vitamin C Shaklee akan di re-stock semula pada bulan Disember'12. Punyela HOT kan sampai HAABISSSS LICINNN kat semua branch Shaklee! 

Bagi yang memang kempunan nak dapatkan vitamin C shaklee ni, bole la membuat pre order dengan saya! Pengedar SAH Shaklee anda! cewaah! hehe

Sebelum tu, jom kita intai-intai dulu kelebihan vitamin C Shaklee.

Retail price : RM92.50. 
Nak harga diskaun? Sila buat tempahan anda sekarang!!

Antara keistimewaan vitamin C Shaklee dengan vitamin C jenama lain adalah;

1. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu pelepasan mengikut jam dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin c adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.

2. Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.

3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.



Kebaikan Vitamin C:

  • membina dan membaiki tulang, gigi, gusi dan tisu penyambung
  • membentuk kolagen yang penting untuk menyambung struktur otot, tisu, tulang dan cartilage(bahan yang menyelaputi sendi dalam tubuh)
  • memeliharan saluran darah yang sihat
  • paling penting sebagai kuasa penyembuh
Bonus dari kebaikan Vitamin C terserlah dalam kecantikan:
  • memperbaiki tona warna kulit
  • membuatkan kulit nampak lebih muda
  • memelihara dari sinaran UVB
  • mengecilkan riang roma
  • untuk kecantikan rambut dan kuku

Amacam? Best kan kebaikan dia?? Apa lagi, jom membuat tempahan untuk stok anda sekarang! Harga? Pasti berbaloi2 pembelian dengan saya!

Kalau anda benar-benar berminat untuk mendapatkan Vitamin C Shaklee ini, anda boleh membuat pre-order dengan menaip:

<PreorderVitaminC><Nama>< Jumlah>

Contoh: PreorderVitaminC Ayu 3

dan SMS ke 019-770 2729
ATAU
EMAIL ke ateefhatifa@gmail.com

Saya akan terus hubungi anda setelah pre-order anda diterima!


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh PM/Call/Sms/Whatsapp 019-770 2729






Cawangan Shaklee Malaysia

Pejabat Cawangan
Berikut merupakan senarai cawangan Shaklee. Bagi sesiapa yang ingin membeli produk secara
terus, anda boleh pergi ke cawangan Shaklee berdekatan dengan anda. Dengan menggunakan
nama saya sebagai penaja anda dengan Shaklee ID: 874861, anda layak untuk mendapatkan semua barangan pada harga ahli!

 

Cawangan KamiWaktu PerniagaanPeta Lokasi
Kuala Lumpur
31, Jalan 2A/27A, Section 1,
Wangsa Maju Setapak,
53300 Kuala Lumpur.
Telefon : 603-4142 6442
Fax: 603-4149 6313

Hubungi :
Ida ( Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m



Penang
A-2, Jalan Todak 1,
Pusatbandar Seberang Jaya,
13700 Perai.

Telefon : 604-397 4325
Fax: 604-397 4324
Hubungi : Cannie Teoh
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m


Ipoh
32, Medan Istana 1,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh.

Telefon: 605-241 8260
Fax: 605-241 8263 


Hubungi : Eunice Lau
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m


Johor Bahru
14, Jalan Molek 1/10,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru.
Telefon: 607-352 5188
Fax: 607-352 4188 


Hubungi : Fiona Chow
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m


Kota Bharu 
319, Section 25, Bandar Kota Bharu,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu.
Telefon: 609-747 8688
Fax: 609-747 7711


Ahad hingga Khamis
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m

Kota Kinabalu 
Lot 7, Tkt Bawah, Lorong Lengkuas,
Wisma Damai, Jalan Damai, Luyang
88300 Kota Kinabalu.
Telefon : 6088-272 087
Fax: 6088-272 089

Hubungi : Amir Bin Kissi
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m




Unordered List

About

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com