Mommy Loves Health | Ateef Hatifa

Text Widget


Assalamua'laikum...

Welcome and thank you stopping by at Mommy Loves Health [MLH]. I'm a wife of loving husband Mohd Zakimi and a mom to adorable son baby Harizzaky. Here is the place for me to share my belief in healthy, beauty and inspirations to have a good lifestyle. I'm proud to announce I'm Shaklee Independent Distributor with ID:874861. Delivery throughout Malaysia and Cash On Delivery (COD) in Perlis.

Memaparkan catatan dengan label Set 3M. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set 3M. Papar semua catatan

Rabu, 20 Ogos 2014

Saya berjaya kurus! Anda bagaimana?

Post yang telah lama saya buat. 
Lebih kurang 19 bulan yang lepas.
Tapi tidak ter'post'.huhu..
Apalah...
Semoga tida berluang lagi...
Selamat membaca =)

-------------------------

Salam Mommies...
Ok hari ni saya nk crite 1 short story. Crite saya sendiri. Saya berjaya turun berat badan 8 kilo dari sebelum saya preggy lagi.. Salah satu berita gmbira utk diri sendiri! Weehoo!!

Sekarag baby Hariz dah 4 bulan lebih. Dah pandai meniarap dah dia, excited tgok anak membesar dgan sihat... Alhamdulillah, susu tk campur dgan susu fm lagi..


Sepanjang ber'bf'kan baby saya berjaya trunkan berat badan sebanyak 8 kilo berbanding sebelum preggy dlu.. huhu.. Sebelum pregnant berat saya 73kg. Last 9 months pregnant berat saya hampir 80kg. Sekarang dah tggl 64kg je. weehooo! Kalau kira total lost weigt mahu cecah 16 kilo. Tak percaya.. tak percaya. hehe


Saya percaya sebb saya bfkan baby ssepenuhnya (dibantu Set 3M Shaklee) dan Lecithin saya berjaya turunkan berat badan.. Dulu saya nk bg angka depan 6 pon susah.. dapat 69kg pun jadilah, macam2 produk saya minum tp tk berjaya jugak.. 

Dah  5 thun rasanya tk rasa berat bdn 60 lbih ni.. skrg ringan je rasa.. Saya diet giler2 masa nk kawen dlu pon dpt 71kg je.. huhu, sedey masa tu.. sedey sbb berat bdan idaman tk dapt, tp kawen mestilah best! kan..kan =D

Jadi mummy sekalian, teruskan niat bf baby yea.. banyak sgt faedah yg kite dpt selain berat badan kurang ni... :)


*Excited sebab dah kurus.



Ahmad Harizzaky turns 2 years old!


Alhamdulillah... Praised to Allah.

02.08.2014 yang lepas, cahaya mata kami Ahmad Harizzaky bin Mohd Zakimi telah genap berusia 2 tahun. Our baby still!


Comel kan hariz kami?


Ini juga bermakna, sudah 2 tahun hariz menikmati susu ibu.. Alhamdulillah atas rezeki Allah kurniakan. Ini semua juga adalah berkat keazaman ingin menyusukan hariz sehingga umurnya 2 tahun. Nak seribu daya! tak gitu? #ShakleeEffect juga semestinya!

Produk Shaklee yang banyak membantu saya dalam penyusuan, memberi saya tenaga optimum setiap hari sebagai ibu menyusu bekerjaya! Set 3M yang popular  antara amalan harian yang saya suka;)

Saya pasti semua kaum ibu bersetuju, bukan mudah hendak menyusukan anak sehingga 2 tahun. Perlu habiskan masa untuk mengepam stok susu, perlu berjaga malam menyusukan, perlu sentiasa memastikan stok susu ibu cukup dan ditulis tarikh setiap satunya dan banyak lagi proses penjagaan susu ibu. Mengusung bag menyusu ke sana sini 

Tapi itu semua bukan jadi ukuran. Melihat anak sihat selalu, ceria dalam dakapan dan bijak dalam kata2 itu semua yang diharapkan oleh manusia yg bergelar ibu!

Ya, hariz jarang sekali demam... Alhamdulillah. Dan yang paling mengejutkan saya, masa musim raya 2014 yang lepas hariz bergaul dengan 3 adik beradik - bayi, kanak2 selama lebih 3 hari berusia 8 bulan, 2 tahun lebih, dan 4 tahun yang sedang menghidap chicken pox serta demam. Dengan izin Allah, hariz kekal sihat seperti biasa. Kalah dengan orang dewasa yang terkena jangkita juga! Jadi saya membuat kesimpulan, baby susu ibu sangat kuat imunisasi dan antibodinya.

Jadi saya menasihatkan ibu-ibu diluar sana untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak kita. Sudah tertulis di dalam hadis dan al-quran SUSU IBU juga yang terbaik... 

Untuk sebarang konsultasi or pertanyaan apa-apa berkaitan penyusuan, boleh ringan-ringankan hubungi saya.. Saya sudi berkongsi cerita sepanjang saya menjadi ibu susuan kepada anak saya harizzaky...

Thanks for reading peeps :)



Selasa, 5 Mac 2013

Tandem Nursing


Sering bermain2 dalam kepala saya apakah maksud sebenar tandem nursing... Sering kali terbaca dan terdengar, baru hari ni saya ambil keputusan utk tahu dgn lebih lanjut.. bila tnya mr. Google je saya baca satu2 pengalaman ibu2 lain yg pernah bertanderm nursing ni... Smpai la saya jumpa blog mamiraysha menceritakan tentang tanderm nursing... Sangat tertarik dgn pengalaman beliau, jadi sharekan disini dan semoga bermanfaat kepada semua =)

__________________________________________________


Tandem Nursing - Ambil hak adik?

Alhamdulillah.. Allah telah memberi saya satu lagi pengalaman dalam dunia penyusuan susu ibu ni. Pengalaman ber'tandem nursing' la pulak. Sebelum ni, saya hanya mendengar dan membaca coretan-coretan daripada otai breastfeeder pasal tandem nursing ni. Sekarang ni saya dah rasa pahit manis ber'tandem nursing' dan tiba turn saya pulak nak cerita pasal pengalaman tandem nursing versi saya..hhehehe.. 

Apa itu tandem nursing?

Bagi mereka yang first time dengar, tandem nursing merupakan satu istilah yang digunakan merujuk kepada perbuatan menyusukan 2 anak atau lebih yang bukan kembar dalam satu masa. Atau dalam lain perkataan, ibu menyusukan anak yang lebih tua bersekali dengan anak yang baru. Kakak / abang kongsi nenen dengan adik la senang cakap.

Macamana saya boleh terlibat dengan tandem nursing?
Setiap kali anak saya lahir, setiap kali itulah saya melahirkan azam untuk menyusukan mereka dengan susu ibu sepenuhnya sehingga mereka berumur 2 tahun. Kenapa? Sebab kita semua tahu kan khasiat dan kelebihan susu ibu ni. Tapi apakan daya, kita merancang, Allah jua merancang, dan perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan. Anak yang sulung, Rayyan hanya dapat menikmati kelazatan susu ibu sepenuhnya sehingga umur 7 bulan 2 minggu. Selepas itu, Rayyan terpaksa menikmati susu formula apabila berada di rumah pengasuh dan masih juga menikmati susu ibu bila bersama saya sehingga berumur 10 bulan. Sejak umurnya 10 bulan sehingga sekarang, Rayyan seorang peminum susu formula tegar! Kenapa misi penyusuan 2 tahun saya terbengkalai? Sebab i'm getting pregnant! Hormon2 kehamilan telah merencatkan penghasilan susu sehingga saya tidak mampu lagi untuk mengekstrak susu buat bekalan Rayyan. Sewaktu berjumpa doktor untuk mengesahkan kehamilan, doktor nasihatkan saya supaya stop breastfeeding slowly. Memandangkan pada ketika itu saya tidak tahu bahawa penyusuan semasa hamil adalah selamat, maka saya decide untuk stop terus breastfeed Rayyan. Bila Rania lahir, saya bercadang untuk sambung penyusuan Rayyan yang pada ketika itu berusia 1 tahun 4 bulan..namun kelazatan susu formula dan kelupaan terhadap nenen menyebabkan Rayyan enggan menerima susu ibu yang berkhasiat. 

Saya belajar satu perkara dari sini. Bila anak dah dipisahkan dengan nenen, dia susah untuk terima nenen itu semula. Oleh yang demikian, bila misi fully breastfeed anak kedua, Rania sehingga 2 tahun tergendala akibat mengandung juga, saya nekad untuk terus menyusukannya ketika saya mengandung dan seterusnya menyambung misi penyusuan selepas kelahiran adiknya sehingga dia berumur 2 tahun. Rania hanya sempat saya fully breastfeedkan selama 1 tahun 2 minggu sebelum hormon kehamilan mengambil alih tempat hormon susu mendominasi sistem tubuh badan saya ni. Kali ni, bila jumpa doktor, saya tak beritahu pun saya masih breastfeed anak saya. Takut dia pun macam doktor yang sebelum ni suruh saya berhenti breastfeed slowly. Melalui pembacaan saya tahu bahawa menyusu ketika hamil adalah selamat kalau saya bukan ibu mengandung yang berisiko. Cuma, saya kena tahan keperitan nipple bila Rania sedang nenen (ketika mengandung nipple menjadi lebih kering). Takpe la saya tahankan aje asalkan Rania tak lupa nenen bila susu kembali lumayan bila adiknya lahir nanti.

Demi melengkapkan misi penyusuan Rania sehingga 2 tahun, maka sejak kelahiran cahaya mata ke-3, Razin pada 1.6.2011 saya melaksanakan tandem nursing, menyusukan Rania dan Razin bersama. Insya-Allah, 11.10.2011 ni genap usia Rania 2 tahun. Ada lebih kurang sebulan je lagi tempoh penyusuan Rania untuk disempurnakan walaupun tak sempurna mana pun penyusuannya..(telah terganggu dengan pengambilan susu formula). Nak buat macammana..ini je yang termampu mummy Rania usahakan.

Apa kata orang tentang tandem nursing?
Masa di kampung cuti hari raya tempoh hari, ramai sedara-mara saya terkejut saya masih menyusukan Rania walaupun dah ada Razin. Soalan paling glamor yang diajukan kepada saya ketika mereka ternampak saya menyusukan Rania ialah " Cukup ke susu tu nanti untuk adik dia minum? " Dengan confident saya menjawab, " Cukup.. Lagi banyak pulak susu bila menyusukan dua orang ni. Lepas susukan si kakak, susu masih lagi terpancut keluar masa turn si adik nenen. "

Sebenarnya saya pun berfikiran seperti mereka juga sebelum melibatkan diri dengan tandem nursing ni. Cukup ke susu nak menyusukan dua anak nanti? Kesian pulak si adik tak cukup susu bila kakak dia minum sama. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pulak berciciran! Sampai saya pernah berharap agar biarlah adik Rania ni nanti seorang perempuan supaya cukup susu untuk mereka kongsi. Anak perempuankan minum susu tak sebanyak anak lelaki..hehehe. Tapikan sebenarnya..konsep penyusuan susu ibu ni menakjubkan! Lagi banyak susu yang keluar, lagi banyak susu dihasilkan. Konsep demand and supply. Lagi banyak permintaan, lagi banyak la penawaran.
Sebenarnya ada hikmahnya Allah kurniakan saya anak lelaki. Peruntukan susu anak lelaki kan banyak. Baru saya teringat yang bahagian anak lelaki kan lebih berbanding anak perempuan. Contohnya, pembahagian pusaka dalam Islam, Faraid, anak lelaki dapat lebih berbanding anak perempuan. Begitu juga akikah, akikah anak lelaki lebih berbanding anak perempuan dimana akikah anak lelaki 2 ekor kambing manakala akikah anak perempuan seekor kambing. Jadi, tentunya bahagian susu untuk mereka juga lebih berbanding anak perempuan kan?

Selain itu, ada satu lagi kenyataan yang dilontarkan kepada saya pasal tandem nursing ni. " Orang tua kata tak baik la menyusukan anak yang tua ni. Kiranya dia ambik hak adik dia. "

Ambik hak adik? Saya tak fikir pun perbuatan menyusukan kakak merupakan satu pengambilan hak daripada seorang adik. Mungkin perkataan yang sesuai digunakan adalah perkongsian hak. Partnership! hehehe.. Ye la, macamana mereka berkongsi seorang mummy dan daddy yang sama. Tentunya kelahiran seorang adik itu bukan pengambilan hak kasih sayang abang dan kakaknya kan? Mereka berkongsi kasih sayang mummy dan daddy. Macam tu jugak la kakak berkongsi nenen dengan adiknya. Bila mereka berkongsi susu yang sihat, mereka akan sama-sama sihat dan mummy juga dapat tempiasnya.. lebih tenang menguruskan rumahtangga dan anak-anak ye tak?

Cabaran tandem nursing
Setiap apa yang kita lakukan, tentunya ada cabarannya yang tersendiri kan? Kita nak ngurat en asben pun dulu banyak gak cabaran yang kena kita hadapi kan? eh eh silap lak..en asben nak mengurat kita..hehehe..

Cabaran paling besar yang saya kena hadapi ialah perebutan nenen! huhuhu.. maklumla mereka berdua hanya menggemari nenen yang sebelah kanan. Tak mahu langsung nenen sebelah kiri. Memang adik-beradik sungguh! Oleh yang demikian, terpaksalah saya menggunakan sistem giliran kepada mereka. Sorang-sorang ambik turn. Sudahnya..banyakla kerja yang tergendala akibat masa yang lebih lama perlu diperuntukkan. Paling haru kalau dua-dua berkehendakkan nenen serentak! Masing-masing nangis nak nenen. Ini saya pun rasa nak nangis. Dilema nak dahulukan yang mana. Kadang-kadang saya gunakan kaedah siapa nangis paling kuat. Ini biasanya Rania la yang menang. Nangis kuat sangat. Sumbat nenen kat mulut dia baru dia diam. Yang Razin pulak saya akan tepuk-tepuk dulu..cakap-cakap dengan dia untuk tenangkannya. Ini kalau hanya kami saja di rumah. Tapi kalau ada en asben atau my SIL, biasanya mereka akan ambik seorang untuk ditenangkan..hehehe... 

Rania ni kadang-kadang dia ok. Dia boleh sabar tunggu giliran dia sementara Razin mengenyangkan perutnya. Tapi kalau time dia dah tak tahan sangat..Razin tengah nenen pun dia boleh rampas dan masukkan nenen dalam mulut dia. Bila dia dah dapat mengalas perutnya dan Razin menangis sampai high volume, dia mengalah juga..serahkan nenen kepada tuan rumah..hehehe...Rania kan penumpang aje.

Bila dah menyusukan sampai dua orang ni, tentunya saya ni lebih letih daripada biasa..hehehe. Baring je gerenti hanyut punyala..dibawa arus mimpi..hehehe. Bab ni yang paling bengang ialah en asben. Nak mengurut dia pun tak sempat..dah tertidur.. Harap-harap en asben redha dengan wifenya ini.

Kelebihan tandem nursing
1. Meningkatkan penghasilan susu ibu.
Ini disebabkan oleh pengeluaran susu yang lebih apabila dinenen oleh dua orang. Konsep demand and supply - lagi tinggi permintaan, lagi banyak penawaran. (Memandangkan mereka berdua menyusu hanya disebelah, saya terpaksa memerah yang disebelah lagi. Perahan yang disebelah ni la yang saya buat stok memenuhkan deep freezer dan freezer)

2. Mengelakkan breast bengkak akibat dipenuhi susu (engorgement). Biasanya diawal kelahiran, baby suka tidur lama-lama. Kadang-kadang kejut pun dia tak mahu bangun untuk nenen. Ni yang biasanya nenen mummy membengkak sebab susu tidak dikeluarkan. Hah! kalau ada si kakak atau abang yang menyusu..masalah ini tak akan berlaku sebab mereka la yang akan tolong habiskan susu yang memenuhi kolam susu tersebut.

3. Mencepatkan penghasilan susu. Biasanya selepas melahirkan, susu saya akan banyak pada hari ke-4 atau ke-5 kelahiran. Tapi kali ni, memandangkan saya punya seorang baby tua yang mempunyai daya hisapan yang kuat lagi terer.. maka, hari ke-3 tu dah banyak dah (hari ke-2 baru keluar wad).

4. Mengelakkan baby tersedak susu akibat fast flow. Biasanya bila saya balik daripada kelas, nenen akan membengkak akibat lama susu tidak diekstrak keluar (tak sempat nak perah). Time ni orang first saya cari ialah Rania. Minta tolong dia minum banyak2 dan mengurangkan kebengkakkan tersebut. Kalau bagi Razin, mahu tersedak dia dengan susu berkelajuan tinggi tu..hehehe.. Lagi satu, susu yang awal2 tu foremilk, susu cair yang kandungan air lebih sikit manakala susu yang dah last2 hindmilk, susu yang lebih pekat dan kandungan lemaknya lebih sikit. So, Rania dapat susu cair, Razin dapat susu pekat! 
Credit : http://mamiraysha.blogspot.com/
_______________________________________________________________

Sangat bermanfaat pengisian beliau... Menyusukan anak dua org pada 1 masa yg sama bukanlah satu usaha yg mudah, tp tkda yg mustahil utk kite lakukan... bg memastikan misi kite berjaya, ibu mestilah menjaga kesihatan dgn mnjaga pemakanan dan rutin seharian yg teratur dan berjadual. 

Menyusukan anak memang meletihkan, apetah lagi nak pam utk buat stok semua tu... Ada org yg akan sakit kepala, sakit badan dan sebagaianya.. Jadi, amik suplemen bole ikut keperluan.. Bukan harap semata2 suplemen dapat selesaikan masalah penyusuan... Mudah2an membantu utk semua... 

Set 3M yg sememangnya banyak membantu saya dalam menyusukan Hariz, sebab saya sendiri seorang yg cepat letih. Bila makan suplemen Shaklee ni saya rasa lebih bertenaga dan susu lebih lancar alhamdulillah =) Kepada yg berminat bole hubungi saya yea... 

Hubungi saya:

- PM FB Mommy Loves Health FC atau


**respon lebih pantas

- SMS | WhatsApp : 019-770 2729 (Ateef)


Setiap pembelian di laman Mommy Loves Health FC | Ateef Hatifa

Anda layak:-

- menerima jadual pengambilan vitamin.

- tips ekslusif dalam penyusuan dan pengambilan vitamin.

- konsultasi yang betul untuk setiap pengambilan produk Shaklee.

- menjadi rujukan anda untuk sebarang kemusykilan.
- mendapat info kebaikan sesuatu produk secara terus daripada saya.





Ahad, 17 Februari 2013

Apakah Power Pumping??


Apa itu POWER PUMPING?



Kaedah ini merupakan teknik mengepam yang sangat berkesan dalam membantu para ibu untuk meningkatkan penghasilan susu. Caranya sungguh mudah! Apa yang diperlukan hanyalah pam dan peruntukan masa selama satu jam bagi menjayakan misi ini.

Siapa yang memerlukan power pumping?
1) Ibu yang mengalami masalah susu merudum, berusaha ingin memperbanyakkan susu semula.
2) Ibu yang memasang impian untuk menyusukan anak angkat.
3) Ibu yang mahu menyusukan anak setelah beberapa ketika berhenti menyusukan (relaktasi).

Bagaimana caranya?

Pam single:
Pam payudara kanan terlebih dahulu selama 10minit. Kemudian beralih ke payudara kiri pula untuk tempoh 10minit juga. Tukar semula ke payudara kanan selama 10minit dan seterusnya ke payudara kiri. Lakukannya secara berterusan selama sejam.

Pam double:
Pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10minit. Kemudian rehat selama 10minit dan sambung kembali mengepam untuk 10minit lagi. Setelah itu, rehat 10minit dan pam lagi selama 10minit sehingga cukup tempoh satu jam.



Bilakah waktu yang paling sesuai?
Waktu yang paling sesuai untuk melakukan power pumping ialah di tengah malam. Antara 12am - 6am. Ini kerana pengeluaran hormon prolaktin adalah sangat tinggi pada waktu malam. Walaupun begitu, tidak kiralah ia dilakukan pada waktu siang ataupun malam, apa yang penting ibu selesa dan dapat melakukannya dalam keadaan selesa dan tenang. Sebaiknya buat pada masa yg sama setiap hari (konsisten). Dalam pada itu, perlu ibu ingat bahawa walaupun pada peringkat awal susu yang diperoleh berkemungkinan hanya setitik dua, tidak perlu risau. Ibu dinasihatkan untuk terus melakukannya. Lazimnya kesan daripada power pumping akan mula kelihatan selepas tempoh satu hingga dua minggu. Percayalah, usaha yang diiringi dengan kesungguhan dan kesabaran secara berterusan akan menjadi tonggak kejayaan yang tidak terbanding nilainya. Apa yang pasti, ibu akan berpuas hati dengan hasil yang bakal diperoleh kerana ia telah banyak membantu para ibu dengan pulangan yang sangat memberangsangkan.


Set Making More Milk Shaklee


Alhamdulillah. Untuk ibu-ibu diluar sana, ingin saya tekankan bahawa kejayaan penyusuan dengan pengambilan supplement memerlukan si ibu commit dengan 3 perkara ini:

1. Memastikan sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekurang-kurangnya.
Walaupun breast tidak menunjukkan tanda bengkak atau berat dengan susu, si ibu perlu teruskan perahan agar susu akan terus terhasil. Allah menjadikan penghasilan susu ibu based on DEMAND vs SUPPLY rules.

2. Minum air sebanyak 3 liter.
Minum sedikit tetapi istiqamah, Air sangat bagus untuk kesihatan luar dan dalaman tubuh kita. Saya selalu memesan pada ibu-ibu untuk sukat air minuman supaya kita tahu berapa kita dah minum setiap hari. Cara mudah, sediakan bekas air 1L, letak di tempat yang senang Nampak dan senang dicapai. Habis kan setiap 1L dari pagi – lunch hour, lunch hour-petang, petang-malam. InsyaAllah, ianya mudah.

3DOA yang berterusan.
Doa yang ibu maksudkan bukan sekadar niat menyusu dan tadah tangan semata-mata. Sebagai muslim kita perlu mendirikan solat kerana ia tiang agama, ada pendapat mendapati si ibu yang tidak menjaga solat akan sedikit lemah semangat untuk meneruskan perjuangan penyusuan. Disamping itu boleh amalkan baca surah al-waqiah dan zikir.


Jom dapatkan set ibu menyusu untuk membantu mommy2 bertenaga dan penghasilan susu yg lancar sepanjang penyusuan eksklusif kepada baby anda.
Hubungi saya:
**respon lebih pantas
- SMS | WhatsApp : 019-770 2729 (Ateef)


Setiap pembelian di laman Mommy Loves Health FC | Ateef Hatifa

Anda layak:-

- menerima jadual pengambilan vitamin
- tips ekslusif
- konsultasi yang betul untuk setiap pengambilan produk Shaklee.

- menjadi rujukan anda untuk sebarang kemusykilan.
- mendapat info kebaikan sesuartu produk secara terus daripada saya.



Selasa, 25 Disember 2012

Jom jadi Mommy Hebat dengan set 3M!!

Salam semua...
Hari ni pasti semua tengah bergumbira bercuti sempena Krismas kan?? Tak lama lagi dah masuk 2013, pejam celik pejam celik baby Hariz dh nk masuk 5 bulan dah... Alhamdulillah Hariz sentiasa sihat, ceria dan comel sentiasa... Saya akan memastikan Hariz akan dapat penyusuan yg eksklusif sampai umur 6 bulan dan sekurang2nya... dan ingin berusaha smpai cukup 2 tahun menyusukan Hariz sepenuhnya... Amin.. Amin..

Doa pun doa jugak, usaha jugak no 1... Doa tnpa usaha suatu yg sia2, betul2 tak?? So, jom Mommy2 semua kite berjuang yg terbaik utk anak kite!! (cewahh...semangat!! huhu). Sejak Hariz umur 1 bulan lagi saya dh amalkan set 3M ni. Berbalik kepada tajuk entry saya kali ni, set 3M untuk Mommy yg Hebat!! (macam kite2 semua kan.... Amin).. Stok susu saya tk lah sebanyak ibu2 lain yg kt luar sana.. kalau kite google jer 'stok ebm'..fuhhhhh penuh peti ais diorag kan? memang kagumm la dgn ibu2 tu...Memang HEBAT!! boleh ke kite nk buat stok banyak dan cukup mcm ibu2 tu.. jawapannyaa BOLEHH!!! Memang sgt boleh! takda bnda yg mustahil sekarang ni kan... tinggal nak taknak je.. tepuk dada tnya hati sendiri ya ;P




Memperkenalkan set 3M - Tripple M => Making More Milk.
Set ini terdiri daripada B-complex, Vitalea, Vita-C, ESP, Alfalfa n Ostematrix.

==============================================================================
Apakah kegunaan supplemen-supplemen ini untuk penyusuan?

ESP@Protein – Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalamm membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

Vitalea@Multivitamin – Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Vitamin C – Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B kompleks – Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

Ostematrix@Kalsium – 40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Alfalfa – Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

Asid Lemak Omega 3 – Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan(ADHD) atau autisme.

sumber : Majalah Shaklee Today

==============================================================================

Testimoni Set 3M

Selain daripada saya, apa kata2 mommies yg dah mencuba.. Jom kite tgok testimoni kt bawah ni... Original daripada pelanggan saya taw!


Setelah amik set 3M ( b-complex, alfalfa, vitalea, esp, ostematrix), 
kesan trhadap beliau: - susu melimpah smpai basah baju baby n tepi telinga..
 baby menyusu smpai kena tarik nafas dulu,, sbb susu byk... 
wlupun ada trmiss ikut jadual makan yg sy bagi- baru sehari mkn..


Menurut beliau:- 

- boleh hasilkan 17 botol (3oz stiap botol) selama 3 hri di kem.. wlupun baby tkda.
- itu pun skip jadual pam yg saya bg 4-5 jam sekali shj pam.
- tgh period pun susu tk merudum.
- cara bancuh esp yg mmg best!!

==============================================================================
Nk ditekankan disini, set 3M bkan sekadar 'MILK BOOSTER' ya... Menekankan konsep demand vs supply juga. bagi ibu2 yg mmentingkan kesihatan badan, ini lah masanya utk memberi REWARD kepada diri sendiri, dan mmberi hadiah kepada baby trsayang dgn susu ibu yg sgt berkhasiat!! Bila mommy sihat ==> susu utk baby lebih berkhasiat, lg mudah terhasil dgn banyak!!

Penting juga utk anda beli dgan mereka yg tahu ape yg mereka jual. Ramai ibu mmberi feedback pada saya sebelum ni, mereka beli dgn org lain tidak mmberikan tips2 yg sepatutnya untuk mmbantu ibu menyusu, bagi cara mkn pun salah, mmg la tkda kesan, huhu... - sedikit kesal disitu =(



Apa yg istimewa anda akan dapat jika membeli dengan saya?
Setiap pembelian dgn saya anda akan dapat:
- FREE consultation smpai bila2
- FREE tips breastfeeding, tips power pumping
- FREE eBook 3M - Making More Milk
- FREE invitation ke group tertutup dan eksklusif customer saya di FB  lebih 14 ribu pengguna di dalam group itu.. (terdapat byk info dn testimoni pengguna shaklee lain)

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bole email atau PM fb saya ya! 
Message/Whatsapp : 019-770 2729.


Thanks All! Happy Breastfeeding!! Happy New Year 2013!! =D



Unordered List

About

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com