Mommy Loves Health | Ateef Hatifa

Text Widget


Assalamua'laikum...

Welcome and thank you stopping by at Mommy Loves Health [MLH]. I'm a wife of loving husband Mohd Zakimi and a mom to adorable son baby Harizzaky. Here is the place for me to share my belief in healthy, beauty and inspirations to have a good lifestyle. I'm proud to announce I'm Shaklee Independent Distributor with ID:874861. Delivery throughout Malaysia and Cash On Delivery (COD) in Perlis.

Ahad, 17 Februari 2013

Apakah Power Pumping??


Apa itu POWER PUMPING?



Kaedah ini merupakan teknik mengepam yang sangat berkesan dalam membantu para ibu untuk meningkatkan penghasilan susu. Caranya sungguh mudah! Apa yang diperlukan hanyalah pam dan peruntukan masa selama satu jam bagi menjayakan misi ini.

Siapa yang memerlukan power pumping?
1) Ibu yang mengalami masalah susu merudum, berusaha ingin memperbanyakkan susu semula.
2) Ibu yang memasang impian untuk menyusukan anak angkat.
3) Ibu yang mahu menyusukan anak setelah beberapa ketika berhenti menyusukan (relaktasi).

Bagaimana caranya?

Pam single:
Pam payudara kanan terlebih dahulu selama 10minit. Kemudian beralih ke payudara kiri pula untuk tempoh 10minit juga. Tukar semula ke payudara kanan selama 10minit dan seterusnya ke payudara kiri. Lakukannya secara berterusan selama sejam.

Pam double:
Pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10minit. Kemudian rehat selama 10minit dan sambung kembali mengepam untuk 10minit lagi. Setelah itu, rehat 10minit dan pam lagi selama 10minit sehingga cukup tempoh satu jam.



Bilakah waktu yang paling sesuai?
Waktu yang paling sesuai untuk melakukan power pumping ialah di tengah malam. Antara 12am - 6am. Ini kerana pengeluaran hormon prolaktin adalah sangat tinggi pada waktu malam. Walaupun begitu, tidak kiralah ia dilakukan pada waktu siang ataupun malam, apa yang penting ibu selesa dan dapat melakukannya dalam keadaan selesa dan tenang. Sebaiknya buat pada masa yg sama setiap hari (konsisten). Dalam pada itu, perlu ibu ingat bahawa walaupun pada peringkat awal susu yang diperoleh berkemungkinan hanya setitik dua, tidak perlu risau. Ibu dinasihatkan untuk terus melakukannya. Lazimnya kesan daripada power pumping akan mula kelihatan selepas tempoh satu hingga dua minggu. Percayalah, usaha yang diiringi dengan kesungguhan dan kesabaran secara berterusan akan menjadi tonggak kejayaan yang tidak terbanding nilainya. Apa yang pasti, ibu akan berpuas hati dengan hasil yang bakal diperoleh kerana ia telah banyak membantu para ibu dengan pulangan yang sangat memberangsangkan.


Set Making More Milk Shaklee


Alhamdulillah. Untuk ibu-ibu diluar sana, ingin saya tekankan bahawa kejayaan penyusuan dengan pengambilan supplement memerlukan si ibu commit dengan 3 perkara ini:

1. Memastikan sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekurang-kurangnya.
Walaupun breast tidak menunjukkan tanda bengkak atau berat dengan susu, si ibu perlu teruskan perahan agar susu akan terus terhasil. Allah menjadikan penghasilan susu ibu based on DEMAND vs SUPPLY rules.

2. Minum air sebanyak 3 liter.
Minum sedikit tetapi istiqamah, Air sangat bagus untuk kesihatan luar dan dalaman tubuh kita. Saya selalu memesan pada ibu-ibu untuk sukat air minuman supaya kita tahu berapa kita dah minum setiap hari. Cara mudah, sediakan bekas air 1L, letak di tempat yang senang Nampak dan senang dicapai. Habis kan setiap 1L dari pagi – lunch hour, lunch hour-petang, petang-malam. InsyaAllah, ianya mudah.

3DOA yang berterusan.
Doa yang ibu maksudkan bukan sekadar niat menyusu dan tadah tangan semata-mata. Sebagai muslim kita perlu mendirikan solat kerana ia tiang agama, ada pendapat mendapati si ibu yang tidak menjaga solat akan sedikit lemah semangat untuk meneruskan perjuangan penyusuan. Disamping itu boleh amalkan baca surah al-waqiah dan zikir.


Jom dapatkan set ibu menyusu untuk membantu mommy2 bertenaga dan penghasilan susu yg lancar sepanjang penyusuan eksklusif kepada baby anda.
Hubungi saya:
**respon lebih pantas
- SMS | WhatsApp : 019-770 2729 (Ateef)


Setiap pembelian di laman Mommy Loves Health FC | Ateef Hatifa

Anda layak:-

- menerima jadual pengambilan vitamin
- tips ekslusif
- konsultasi yang betul untuk setiap pengambilan produk Shaklee.

- menjadi rujukan anda untuk sebarang kemusykilan.
- mendapat info kebaikan sesuartu produk secara terus daripada saya.



Unordered List

About

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com