Mommy Loves Health | Ateef Hatifa

Text Widget


Assalamua'laikum...

Welcome and thank you stopping by at Mommy Loves Health [MLH]. I'm a wife of loving husband Mohd Zakimi and a mom to adorable son baby Harizzaky. Here is the place for me to share my belief in healthy, beauty and inspirations to have a good lifestyle. I'm proud to announce I'm Shaklee Independent Distributor with ID:874861. Delivery throughout Malaysia and Cash On Delivery (COD) in Perlis.

Rabu, 13 Februari 2013

HAMIL & SIHAT : Anemia Ancam Ibu dan Janin


Selamat pagi semua... hari ni saya berkesempatan nk share beberapa info utk ibu hamil. Hamil selama 9 bulan 10 hari merupakan moment terindah bergelar ibu. Namun utk mengharungi selama tempoh itu harus dititikberatkan tentang kesihatan ibu dan bayi yg dikandungkan. Sesama kite menambah ilmu keibuan dgan bayk membaca info dan sharing. Semoga bermanfaat... Happy reading All!
===========================
Secara fisiologi kehamilan mmg boleh menyebabkan anemia. Pada minggu ke 10 hingga ke 32, jumlah plasma meningkat hingga 50% daripada sebelum hamil hingga darah menjadi cair. Ibu memerlukan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah atau hemoglobin(hb) agar kecairan darah tidak menganggu fungsi darah sebagai pembawa oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh.


Malangnya, ramai ibu hamil kurang mengambil zat besi sehingga ramai yang mengalami kurang darah atau anemia zat besi. Doktor dapat mengesannya secara rambang melalui tanda-tanda fizikan. Namun kepastian lebih tepat boleh diperolehi melalui ujiian darah, iaitu jika Hb ibu kurang daripada 10.5.


Paling bahaya, plasma darah cair menyebabkan sel darah merah kurang. Ini menganggu kelancaran oksigen dalam darah. Akibatnya bekalan oksigen kepada janin, rahim dan otot-otot sekitar rahim yang akan bekerja semasa proses bersalin tidak dapat berfungsi dengan sempurna.


RISIKO ANEMIA SEMASA HAMIL:

  • Ibu tidak sihat, sentiasa kelihatan lesu, lemah, penat dan pelupa.
  • Sering pening, pitam bahkan ada yang sampai pengsan
  • Mudah mengantuk
  • Pucat, dapat dilihat dari selaput lendir mata
  • Sesak nafas, berdebar (kemungkinan anemia sudah memebebani jantung)
  • Kulit kelihatan kering atau berwarna kuning, begitu juga dengan kuku
  • Daya tahan tubuh menurun dan mudah mendapat sakit.

RISIKO SAAT BERSALIN
  • Bekalan oksigen yang kurang semasa hamil membuat otot rahim lemah dan tidak dapat kontraksi
  • Ibu cepat penat, mengalami kejang dan proses bersalin perlu dibantu dengan cara vakum atau melalui pembedahan caesarean
RISIKO SELEPAS BERSALIN
  • Disebabkan otot-otot rahim lemah, rahim tidak dapat mengecut dan kembali kepada saiz normal. Ketika ini mungkin berlaku pendarahan.
  • Risiko pendarahan tetap mengancam ibu hingga hari ke 40 selepas bersalin atau selama rahiim kemabali mengecut secara beransur-ansur
RISIKO KEPADA BAYI
  • Bekalan oksigen yang kurang ke rahim menyebabkan tidak selamat
  • Pertubuhan janin terhalang, lahir dengan berat rendah (kurang 2.5 kg)
  • Bayi lahir pramatang atau berlakunya keguguran


Source: Mama & Baby




Unordered List

About

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com