Mommy Loves Health | Ateef Hatifa

Text Widget


Assalamua'laikum...

Welcome and thank you stopping by at Mommy Loves Health [MLH]. I'm a wife of loving husband Mohd Zakimi and a mom to adorable son baby Harizzaky. Here is the place for me to share my belief in healthy, beauty and inspirations to have a good lifestyle. I'm proud to announce I'm Shaklee Independent Distributor with ID:874861. Delivery throughout Malaysia and Cash On Delivery (COD) in Perlis.

Ahad, 9 Disember 2012

Vitamin E Complex


Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].


Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik.

Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin  A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia ‘d’ atau ‘l’.

Bagi yang bertulis pada label dengan ‘d’ ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala ‘l’ adalah sumber tiruan atau sumber kimia. Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Mungkin anda merasakan vitamin E Shaklee mahal berbanding vitamin E di luar sana [dalam pasaran] tetapi kita perlu tahu nilai yang kita bayar. Mahalkah? RM149 untuk 120biji bagi saya adalah sangat berpatutan & berbaloi dengan  kesan penyerapan yang efisien kerana Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli dan lengkap dengan selenium. (nak harga spesialll kena PM saya ya) Adakah kerana hendak jimat hari ini anda menanggung risiko yang besar kemudian hari?

Apakah ciri-ciri Vitamin E yang selamat?
Vitamin E merupakan salah satu nutrien kritikal tubuh. Vitamin E sangat penting untuk:

  • mempertahankan fungsi saraf dan otot
  • melindungi struktur membran daripada rosak
  • mengekalkan pertumbuhan normal
  • mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah
  • Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

Atas sebab inilah, penyerapan Vitamin E yang berkesan, boleh menyebabkan muka kita berseri & kemerah-merahan. Ini kerana, sel darah merah yang kekal dalam struktur yang sempurna, mempunyai kapasiti yang optimum untuk membolehkan oksigen bergabung dengan Haemoglobin di dalam sel darah merah.

Oleh itu, oksigen dapat diangkut dengan sempurna. Jadi, ketidak sempurnaan struktur sel darah merah akibat kekurangan Vitamin E tentunya akan menjejaskan pengangkutan oksigen ke seluruh badan, ke setiap satu sel yang memerlukannya. Ada sel tidak memerlukan oksigen?? tiada bukan?? semua sel hidup memerlukan oksigen. Penting bukan? Jadi kekurangannya pasti akan menjejaskan fungsi saraf, otot, hati, paru-paru, sel darah merah dan lain-lain lagi. 

Terlalu banyak yang akan terjejas dengan ketidakcukupan Vitamin E. Cuba kita bayangkan satu sahaja fungsi yang terjejas – sel darah merah contohnya. Ketidakupayaan tubuh mengekalkan struktur membran (lapisan luar) sel darah merah akan memberi masalah besar kepada kita.

credit



Unordered List

About

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com